Gosip perpindahan

Siapa bakal pengurus Liverpool?

Written by Ijam Tuesday, 08 June 2010 12:56



Berita pengunduran Rafael Benitez pada minggu lepas menjadikan spekulasi siapa bakal pengurus Liverpool terus menjadi persoalan kita sehingga kini. Beberapa nama telah mula disebut bagi mengisi kekosongan tersebut. Dengan cabaran kita bermula 18 hari selepas berakhirnya Piala Dunia nanti (kelayakan Liga Europa), tugas pengurus baru itu nanti pasti mencabar. Nama-nama besar lain seperti Martin O Neill, Guus Hiddink, Frank Riijkaard, Alex McLeish, Avram Grant dan Jose Mourinho telahpun keluar dari senarai "prospek".

Berikut disenaraipendekkan beberapa pilihan yang telah diwar-warkan oleh media.

Marcello Lippi
Kenapa? Juara Piala Dunia, Champion League dan koleksi kejuaraan Itali
Kenapa tidak? tiada pengalaman di EPL

Harry Redknapp
Kenapa? disukai media, rekod yang baik di Spurs & Portsmouth
Kenapa tidak? tumpuan media, penulis untuk SUN, Portsmouth/Southampton ke lembah kejatuhan dan juga buruan pegawai cukai

Roy Hodgson
Kenapa? membawa Fulham ke final Liga Europa, rekod baik di Eropah, isterinya seorang peminat Liverpool dan boleh bekerja dengan belanja yang minima
Kenapa tidak? peratusan kemenangannya di Fulham cuma 39% (Rafa 55%)

Kenny Dalglish
Kenapa? Pengurus terakhir yang membawa kemenangan liga buat Liverpool, berjaya di Blackburn, legenda Liverpool
Kenapa tidak? terlalu lama tidak memegang tugas pengurusan

Sammy Lee
Kenapa? kini adalah penolong Pengurus dan legenda Liverpool
Kenapa tidak? kurang pengalaman dan pernah dipecat oleh Bolton

Sven Goran Eriksson
Kenapa? dia peminat Liverpool
Kenapa tidak? kurang disiplin dan dipecat dalam dua tugas pengurusan sebelumnya

David Moyes
Kenapa? seorang yang tinggal di Liverpool, scottish (seperti Kenny & Shankly)
Kenapa tidak? Tiada kejuaraan

Mark Hughes
Kenapa? boleh bekerja dalam belanja yang minima
Kenapa tidak? bekas pemain Manchester United, peratusan kemenangan di Blackburn hanya 43% dan di Man City 46%

Adakah pengurus baru kita nanti bakal meneruskan tradisi kecemerlangan Bill Shankly, Bob Paisley, Joe Fagan dan Kenny Dalglish? Sama-samalah kita menunggu perkhabaran ini.

 

 

WC: El Nino sedia untuk kembali!

Written by Ijam Tuesday, 01 June 2010 18:50

FT9 sudah menyatakan kesediaanya untuk kembali beraksi di kesebelasan utama dan amat yakin akan dapat beraksi dalam perlawanan pertama Piala Dunia menentang Switzerland pada 16 Jun nanti (waktu Malaysia: 10.30 malam) sekalipun hanya menyaksikan pasukannya dari tepi padang dalam perlawanan persahabatan terakhir menentang Arab Saudi minggu lepas.

Dengan gaya rambut pendek serta semangat yang baru diharap Torres dapat membantu skuad Sepanyol mencipta sejarah kemenangan Piala Dunia yang pertama buat mereka. Spekulasi perpindahan beliau pula kini telah dinafikan oleh ejen beliau dan Pepe Reina sendiri, yang saya rasa mungkin tidak akan berlaku.

Dipaparkan gambar-gambar terkini beliau (yang pasti menjadi kegilaan gadis2 seluruh dunia)







 

Ever Banega: antara Alonso dan Mascherano?

Last Updated on Wednesday, 19 May 2010 19:39 Written by Ijam Thursday, 13 May 2010 22:45

Kini kedengaran desas-desus kencang Liverpool dikaitkan dengan Ever Banega, pemain yang kini bermain untuk Valencia. Muda, baru berusia 21 tahun dan mungkin bakal menjadi prospek yang bagus untuk dibeli oleh Liverpool. Tambahan, dengan harga yang murah €10 juta (seperti harga Alonso semasa kita membelinya dahulu), Ever Banega adalah pelaburan yang dianggap ideal di kala kita masih lagi tertunggu-tunggu dengan berita pemilikan Liverpool. Mengikut sumber goal.com, Banega dikhabarkan sangat berminat untuk menyertai Liverpool sekalipun beliau tahu kita tidak akan beraksi dalam Champion League musim hadapan dan ini merupakan satu berita yang baik, tambahan pula beliau akan menyertai rakan-rakan dari senegaranya seperti Maxi Rodriguez, Javier Mascherano dan Emiliano Insua di Anfield.
Di samping itu, dikhabarkan gaya permainan beliau yang "tidak mengenal erti letih" telah disamakan dengan kehebatan Xabi Alonso dan Javier Mascherano. Mungkin ini yang kita cari selama ini, mungkin. YNWA
 
Biodata Ringkas: 
Nama Penuh: Éver Maximiliano David Banega
Tarikh Lahir: 29 Jun 1988
Umur: 21 Tahun
Posisi: Tengah
Kelab kini: Valencia (33 penampilan, 2 gol)
Antarabangsa: Argentina (2 penampilan)
 

King Kenny Kembali?

Written by Ijam Wednesday, 05 May 2010 22:01



Macam-macam berita kedengaran di Anfield kebelakangan ini, mula-mula cerita pasal RB, then SG8 lepas tu FT9 kali ni dah bertiup kencang plak perkhabaran berita yang "The King" Kenny Dalglish mungkin akan kembali menjadi pengurus Liverpool, sekiranya Rafa Benitez meletakkan jawatan selepas pertemuan dengan Chairman, Martin Broughton nanti. Ini mungkin hanya akan berlaku jika Rafa tidak mendapat jaminan tentang jumlah dana yang bakal dibekalkan kepada beliau untuk perpindahan musim panas nanti. Dengan tawaran lumayan dari Juventus, berkemungkinan besar sekiranya Rafa gagal diberikan kepastian, beliau akan pergi ke sana.

Rata-rata kita semua tahu siapa Kenny Dalglish. Siapa peminat tegar Liverpool FC pasti akan kenal siapa diri beliau. Masakan tidak, di bawah pengurusan beliau kita memenangi 3 kali juara Divisyen 1 (nama lama bagi Premier League masa itu) malah kali terakhir kita menang trofi ialah di bawah kendalian beliau, iaitu 1989-1990. Semenjak itu, pengganti-penggantinya termasuklah Graeme Souness, Roy Evans, Gerrard Houllier dan kini Rafa Benitez gagal membimbing kita ke kejuaraan liga. 5 musim sebagai pengurus (3 juara, 2 naib juara), 9 musim sebagai pemain (6 adalah juara liga) dan juga membimbing Blackburn sebagai juara liga pada musim 1994-1995, naib juara liga perdana bersama Newcastle pada musim 1996-1997 dan yang terakhir naib juara premier liga Scotland untuk Celtic pada musim 1999-2000 ternyata membuktikan Kenny Dalglish memang layak digelar "The King".

Namun demikian, King Kenny hanya menegaskan beliau hanya berminat untuk perlantikan sementara di mana beliau juga bakal melantik seorang lagi legenda Liverpool, Ian Rush sebagai pembantunya. Perkhabaran ini sememangnya amat dinanti-nantikan oleh kesemua peminat The Reds dan mungkin dapat menjadi faktor kepada FT9 dan SG8 untuk berfikir dua kali sebelum melangkah pergi dari Anfield kerana mereka "bakal" mendapat majikan yang sememangnya pencinta Liverpool. YNWA
 

3 bintang dikaitkan dengan The Reds

Last Updated on Tuesday, 30 March 2010 22:01 Written by Ijam Tuesday, 30 March 2010 21:57

Sumber: http://my-reds.blogspot.com 



Rafa dikatakan berminat untuk menandatangani pemain tengah Athletico Bilbao, Javi Martinez untuk perpindahan musim panas 2010/2011 nanti bagi memperkukuhkan kekuatan bahagian tengah kita. Mungkin kerana kita cuma punya 4 pemain tengah utama (Gerrard, Aquilani, Mascherano dan Lucas) menyebabkan Rafa ingin menambah kekosongan sekiranya berlaku kecederaan di antara pemain-pemain utama tersebut, seperti yang terjadi kepada Aquilani hampir keseluruhan musim dan pernah seketika Gerrard. Javi Martinez, pemain berbangsa Sepanyol telah beraksi sebanyak 123 penampilan buat Athletico Bilbao serta 14 aksi untuk skuad bawah 21 tahun Sepanyol dikatakan antara prospek yang boleh menyinar di BPL, terutamanya Anfield. Ini merupakan bukan kali pertama Rafa menyatakan minat beliau untuk menandatangani Martinez, kerana pada musim lepas Martinez merupakan salah seorang calon "feveret" untuk menggantikan posisi yang ditinggalkan oleh Xabi Alonso.




Rafa juga dikatakan dalam proses merisik penyerang dari Colombia, 
Hugo Rodallega yang kini menyarung jersi Wigan Athletic dalam proses memperkuatkan bahagian serangan The Reds untuk musim 2010/2011 nanti. Penyerang berusia 24 tahun ini juga merupakan penjaring gol dalam kemenangan Wigan 1-0 ke atas Liverpool di Stadium DW bulan ini, namun seperti perkhabaran mengenai Martinez, tiada perbincangan serius di antara kedua-dua pihak pengurusan.



Dalam perkembangan lain, Rafa Benitez juga berminat untuk menandatangi penyerang Real Madrid, Gonzalo Higuain bagi memperkuatkan bahagian serangan The Reds bagi musim 2010/2011 nanti. Pemain yang berasal dari Argentina ini adalah dikatakan di antara 9 pemain Madrid yang bakal dijual oleh pemilik Madrid yang ingin menjana semula pendapatan apabila berbelanja lebih 250 juta Euro pada musim perpindahan musim ini setelah tersingkir di pusingan kedua Champion League di tangan Lyon tempoh hari. Higuain juga dikatakan enggan menandatangi perjanjian untuk menyambung kontrak beliau bersama Madrid, dan Rafa dikatakan amat berminat untuk mengambil beliau beraksi di Anfield nanti. Higuain yang menjaringkan 22 gol dalam La Liga musim ini sudah pasti bakal menjadi partner striker yang amat ideal bersama El Nino, tambahan pula usianya baru sahaja menjangkau 22 tahun. Sekiranya ini terjadi, beliau akan menyertai 3 pemain Argentina lain yang sedia ada di Anfield; iaitu Mascherano, Maxi Rodriguez dan Emiliano Insua.

 

"Bermain di Liverpool adalah impian saya" Arda Turan

Written by Ijam Friday, 05 March 2010 12:47



Arda Turan
, pemain tengah antarabangsa Turki telah mendedahkan minat beliau untuk menyertai Liverpool bagi musim hadapan ketika musim perpindahan musim panas dibuka nanti. Dia yang telahpun beberapa kali dikaitkan dengan khabar perpindahan ini, telah mengakui amat berminat untuk bermain dalam skuad bimbingan Rafa Benitez.

Turan, yang kini adalah ketua pasukan Galatasaray, akan menerima apa jua keputusan sekiranya dibenarkan untuk meninggalkan kelab Istanbul ini, tetapi mengesahkan minat terhadap The Reds yang tidak berbelah bagi. Adalah menjadi suatu kelebihan di bahagian tengah sekiranya Turan menyertai kita, kerana selain dari posisi tengah, beliau juga mampu bermain di posisi sayap, yang merupakan salah satu masalah utama di skuad kita. Lebih-lebih lagi dengan usia masih muda (23 tahun), beliau mungkin dapat membina kareer yang sangat cemerlang di Anfield bersama Liverpool.

Dari sumber eufa.com, ujar pemain tengah berusia 23 tahun ini "Sudah tentu saya nak bermain di luar tetapi itu adalah keputusan pihak pengurusan; dan sudah tentulah Liverpool menjadi tarikan saya kerana tradisi mereka. Di Eropah, saya adalah penyokong Liverpool dan sekiranya saya bermain di Eropah, saya ingin bermain untuk mereka. Ini adalah impian saya..."

Read more: "Bermain di Liverpool adalah impian saya" Arda Turan

 

Page 1 of 9

«StartPrev123456789NextEnd»
0
Geng My-LFC Berdaftar