Europa: Unirea Urziceni Vs Liverpool

Perhatian, buka di tetingkap baru. PDFCetakEmel

sumber: http://my-reds.blogspot.com

Kita akan berkunjung ke Unirea awal pagi nanti (siaran langsung 0155, astro cenel 811) untuk mengharungi perlawanan kedua pusingan 32 pasukan dalam Liga Europa, dalam misi memburu piala kejuaraan terakhir untuk dicapai bagi musim 2009/2010 ini. Pemenang perlawanan ini akan bertemu dengan Lille atau Fenerbahce dalam pusingan 16 pasukan nanti, dan kita hadir dengan kelebihan satu gol hasil jaringan lewat Ngog di Anfield dalam pusingan pertama minggu lepas. Diharapkan agar kita mampu mengekang skuad Unirea Urziceni yang sudah pasti tidak mahu berputih mata dalam Liga Europa dan berkemungkinan besar akan lebih menyerang kali ini, berbanding formasi defensive dalam perlawanan di Anfield lepas.

Sekali lagi formasi taktikal Rafa Benitez akan menjadi perhatian dalam perlawanan ini, kerana kita semua sedia maklum dengan prestasi naik turun kita pada musim ini. Melalui laman rasmi, Rafa mungkin tidak akan menurunkan El Nino yang masih lagi belum cergas, tetapi Benayoun mungkin akan bermain dalam perlawanan ini. Mungkin ini juga masa yang terbaik untuk Rafa memperkenalkan penyerang sensasi muda kita, iaitu Daniel Pacheco @ Pacman dalam kesebelasan utama. Kyrgiakos juga diharap dapat disenaraikan semula di dalam kesebelasan utama bagi mengekang serangan pihak lawan yang pasti dahagakan kemenangan kali ini.

Apa-apapun keputusannya, diharap kita akan berjaya mengekang mereka dan seterusnya layak ke pusingan seterusnya.YNWA

Kesebelasan Ramalan:
Reina
Carragher - Skrtel - Kyrgiakos - Aurelio/Insua
Mascherano - Aquilani/Lucas
Benayoun @ Kuyt - Gerrard - Riera/Babel
Kuyt @ Pacheco

Komen
Carian
halemohamed   |Registered |26-02-10 12:19:40
avatar naseb bek menang...
hanya ahli berdaftar boleh mennghantar komen!!

3.26 Copyright (C) 2008 Compojoom.com / Copyright (C) 2007 Alain Georgette / Copyright (C) 2006 Frantisek Hliva. All rights reserved."

0
Fans Liverpool Berdaftar